09 July 2011

:: Apa Yang Ada Pada Penerbit UTM Press ::

Kadang-kadang kita ada perasan tak sebahagian buku rujukan pembelajaran kita ada logo UTM dan terbitan Penerbit UTM Press. Untuk makluman kita semua, UTM ada mengeluarkan bahan-bahan akademik seperti modul rujukan pembelajaran untuk mahasiswa. Mudah bukan, tak perlu lagi bersusah-payah menggunakan buku-buku rujukan keluaran luar negara yang mungkin lagi mahal dan sukar difahami. Bukan sahaja untuk warga UTM malahan untuk seluruh warga IPT.

Bukan itu sahaja, UTM juga ada mengeluarkan ensiklopedia,jurnal, monograf dan buku-buku hasil cetusan ilmu pemikiran warga UTM itu sendiri. Aset UTM. Tambahan Penerbit UTM Press juga ada menyimpan keratan-keratan akhbar tempatan yang mengeluarkan artikel tentang UTM.

Selaras dengan objektif Penerbit UTM Press :-
1)Memperkayakan kepustakaan ilmiah dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris menerusi penerbitan buku bagi menjadi sumber rujukan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

2)Memasyarakatkan ilmu sains dan teknologi menerusi penerbitan buku-buku ilmiah bermutu.
3)Menyebarluaskan hasil penyelidikan dan penemuan baru warga penyelidik universiti menerusi penerbitan buku, jurnal, monograf dan sebagainya.
4)Mengimarahkan budaya penulisan dan penerbitan ilmu di kalangan sarjana universiti.
5)Menerbitkan buku ilmiah yang terkini bagi memenuhi keperluan semasa pengajian peringkat tinggi.

Saya tertarik kepada kepada satu buku yang dikeluarkan oleh UTM iaitu Dimensi Budaya Teknologi. Sinopsis buku telah saya sertakan sekali di bawah. Namun secara peribadi, demi mencapai sebuah negara maju, salah satu aspek yang perlu dijadikan cabaran adalah teknologi. Hari ini siapa yang berhenti dengan teknologi maka orang itu akan tertinggal jauh dengan pembangunan teknologi.

Justeru cabaran ini lebih terarah kepada kita mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Teknologi dan bagaimana kita membudayakan teknologi dalam pembelajaran dan kehidupan kita. Ingin saya katakan, jangan pernah takut untuk berkenalan dengan sesuatu teknologi. Langkah pertama, fahami dan cuba dengan teknologi yang ada disekeliling kita hari ini. Pasti kita akan mendapat sesuatu ilmu dan pengetahuan yang baru.


Penulis : Norhani Bakri ialah pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru


Sinopsis : Budaya teknologi sesebuah masyarakat melibatkan cara penggunaan, pembinaan, dan penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka dalam kehidupan. Ia merangkumi cara berfikir, tindakan, serta amalan seharian masyarakat dalam menangani perubahan teknologi serta persekitaran semasa yang berlaku. Buku Dimensi Budaya Teknologi dalam Era Globalisasi ini membincangkan dimensi–dimensi penting berkaitan pembudayaan teknologi, khususnya, dari segi penguasaan ilmu teknologi, penguasaan teknologi maklumat, amalan penyelidikan, dan daya inovatif masyarakat. Persaingan semasa dalam era globalisasi ini memerlukan satu peralihan set minda serta sikap yang positif terhadap penguasaan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Kesediaan mengambil risiko, kecintaan terhadap ilmu, serta penglibatan dalam usaha–usaha penyelidikan dan inovasi merupakan antara nilai–nilai yang perlu dipupuk bagi mencapai budaya teknologi yang mantap. Penguasaan teknologi maklumat penting dalam menerokai ilmu pengetahuan baharu secara lebih meluas dan terkini di alam siber bagi melahirkan teknologi yang berkualiti dan berdaya saing.


Untuk lebih mengetahui tentang Penerbit UTM Press dan mengetahui senarai bahan keluaran Penerbit UTM Press bolehlah klik di link ini :: http://www.penerbit.utm.my/  dan rujuk katalog buku. Pasti ada yang membuat anda tertarik dan buku-buku juga boleh dibeli secara Online. Saya menyokong penuh Penerbit UTM Press. Akhir kata dari saya selamat membudayakan ilmu (^_^) .

" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "

Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

1 comment:

Khairul Fitri said...

UTM hadiahkan saya satu buku boleh? (^_^)

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga