10 April 2011

-PROGRAM RAMAH MESRA MPMUTM-


4 April 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menganjurkan satu Program Ramah Mesra Bersama MPMUTM IC & MPMUTMJB bertempat di Kolej Kediaman Siswa Jaya dan UTM IC.

Berikut merupakan tentatif ringkas yang disediakan kami:-
8.00am-10.00am : Lawatan ke kampus UTM IC
10.00am-1.00pm : Perlawanan Futsal Persahabatan MPM
1.00pm-3.00pm   : Aktiviti Bebas
3.00pm-5.00pm   : Perbincangan dua hala antara  MPM JB & UTM IC
5.00pm-7.00pm   : Aktiviti Di Rumah Saudara Afdhaluddin.
7.00pm-9.00pm   : Aktiviti surau/Tazkirah Ringkas
9.00pm-11.00pm : Sesi Dialog : “ Peranan MPM JB Selaku kampus Induk Kepada UTM IC “
11.00pm-11.30pm: Jamuan Ringan & Bersurai.

Seawal 8.00 pagi kami bertolak ke kampus untuk lawatan dan sekaligus memperlihatkan suasana dan keadaan kampus UTM IC. Lawatan ini turut dibantu oleh alumni UTM IC yang juga merupakan MPMUTM JB pada sesi ini. Kami memulakan langkah dari terminal bas UTM ke Kolej Siswa Semarak blok APL dan melalui Pusat Kesihatan – DK6 & DK7 – Bengkel Aeronautik – Bangunan UTM RAZAK school & UTMspace – Selera kampus ( sarapan ) – UTM souvenir shop – Dataran Ilmu – PSZ – Dewan Besar – BILIK MPM – Masjid UTM – Rumah Felo – Kembali ke terminal Bas UTM.

Seterusnya kami ke Gelanggang Futsal Baru UTM untuk perlawanan futsal persahabatan antara MPM. Pelbagai aksi dan perangai muncul dan terluah di tengah gelanggang di sepanjang perlawanan. Namun, semua pun bermain dengan girang dan penuh dengan semangat kesukanan.

Selesai bersukan, merupakan masa senggang. Ramai diantara kami mengambil keputusan untuk berehat. Antara apa yang membuatkan saya tersenyum, ada sebilangan MPM yang mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan mahasiswa UTM IC ini. Jelas menunjukkan jarak bukan penghalang dalam perhubungan.

Pada pukul 3.00 petang, MPM UTM telah berkumpul di Bilik Kebudayaan Blok A untuk perbincangan antara MPMUTM JB & MPMUTM IC. Saya mengambil keputusan untuk tidak turut serta kerana saya mahu melihat bagaimana Rakan Seperjuangan saya menguruskan sesuatu perkara itu tanpa seorang ketua. Ternyata mereka mampu bergerak dengan jaya nya. Tahniah (^_^) . MPMUTM JB juga telah dibawa melihat Mini Cinema KSJ.

Selepas itu kami bertolak menuju ke rumah saudara Afdhaluddin yang terletak di Taman Permata. Kami telah disambut baik oleh keluarga Afdhal. Namun apa yang saya sebak dan bangga apabila saudara afdhal mengetuai bacaan doa bagi Jamuan kesyukuran yang disediakan oleh keluarga beliau. Jika dilihat dari sudut hati seorang ibu dan ayah, pasti mereka berbangga dengan anaknya, yang di didik dari kecil sehingga ke hari ini dan telah menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan orang lain.

Pada malam sesi dialog, ahli panel terdiri daripada Presiden MPMUTM Saudara Wan Hazman, Timbalan Presiden saudara Khairul Nizam, dan Saudara Wan Frany selaku setiausaha Agung MPMUTM dan moderator pada malam berkenaan adalah saya sendiri. Pelbagai isu dan perkara telah di keutarakan. Majlis tamat lebih kurang 11.30 malam. Tapi seakan baru bermula, suasana menjadi meriah apabila MPM dikerumuni oleh mahasiswa-mahasiswa untuk bertanya dan berkenalan.

Untuk makluman,kami menerima kunjungan seramai lebih kurang 40 ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dari JB dan ini merupakan kunjungan pertama mereka ke UTM IC secara berkumpulan, InsyaAllah selepas ini akan ada program lanjutan bersama. Terima kasih kepada MPMJB kerana sudi menjenguk kami di sini (^_^)

“ Jika jauh itu sekadar jarak, percayalah hubungan itu bukan sekadar ikatan “


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912

No comments:

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga