29 March 2011

-Download Exam Paper : LESTARI (OPAC) -

Selasa, 29Mac2011 - Musim peperiksaan akhir semester bakal menjelang tiba, kami dari barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Kuala Lumpur sesi 10/11 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UTM IC.

Di sini kami ingin memberi inisiatif kepada mahasiswa untuk bagaimana mendapatkan kertas-kertas peperiksaan akhir tahun-tahun yang lalu.
  1. Dapatkan daripada senior-senior setiap kursus.
  2. Dapatkan daripada persatuan akademik/bukan akademik masing-masing.
  3. Dapatkan di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) ; rak di belakang kaunter.
  4. Muat turun melalui http://www.utm.my/psz/ .
Berikut merupakan langkah bagi memuat turun melalui laman sesawang ini :-

LANGKAH 1 : pergi kepada sesawang http://www.utm.my/psz/ dan klik pada LESTARI (OPAC)

LANGKAH 2 : Tulis nama Subjek diikuti (Examination Paper) di ruang yang disediakan dan klik SEARCH. (Tulis kod subjek juga boleh digunakan)

LANGKAH 3 : Lihat di library Catalog dan klik pada link Electronic Access :

LANGKAH 4 : Setelah dipaparkan, anda boleh terus print atau muat turun.



InsyaAllah kami Barisan MPM UTM IC sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua mahasiswa UTM sama ada UTMSPACE , UTM Razak School, Student International dan juga Pelajar Postgraduate (SPACE).


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin

Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912

4 comments:

Nazrul Montolivo said...

terbaik la abang fitri n :)

Khairul Fitri said...

Abg Nazrul Montolivo pn terbaek jgk :) pertama kali bersua di USR@Melaka ..

zuraidah zakaria said...

as salam,

nape sy dh buat ikut stepnya tapi xdpt download pon paper exam...dh msk electronic access pastue blank..ape yg silap eh...pls advise...tqvm

Khairul Fitri said...

Zuraidah :: yeke..mm,cuba tny ngn staff PSZ ttg perkara nie..sb mereka lebih arif ttg nie..

rsenya klu blank 2,.ade kmngkinan tiada kertas exam y di cari..ataupun dln erti kata lain..krts exam blom d update ngn pihak PSZ..

mgkin boleh Zuraidah boleh gne inisiatif y pertama,kedua dan ketiga seprti y sy tulis di atas..ataupun tny terus kpd lecturer2 y berkaitan..

Maaf hny ini y sy mampu bntu..InsyaAllah andai kata ada inisiatif lain y lebih efisien..sy akn maklumkan..(^_^)

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga