28 March 2011

-Biasiswa Endownment UTM 2011/2012-

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2011/2012.

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

      1.1 KELAYAKAN AKADEMIK
  • lulus dalam STPM ( Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik bagi STPM ; atau
  • Mendapat PNGK > 3.75 bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada Pusat-pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau Asasi Sains UTM
  • keutamaan akan diberikan kepada pelajar cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum.
      1.2 SYARAT-SYARAT LAIN
  • Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti pengajian sepenuh masa bagi Program Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi sesi Pengajian 2011/2012
  • Pemohon tertakluk kepada terma dan syarat Biasiswa Endownment Universiti Teknologi Malaysia.
  • Lulus dalam temuduga pemilihan yang dijalankan.
2.0 NILAI BIASISWA
      Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM 10,000.00 setahun.

3.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN
      Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2011.

4.0 CARA PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web UTM (www.utm.my/hep ) atau pemohon boleh hadir sendiri ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa untuk mendapatkan borang tersebut.

Semua permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti yang berikut :-

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni )
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-553 0347 / 553 0265
Faks: 07-553 0491
(U/P : Unit Bantuan Kewangan )

Salinan dokumen sebagai sokongan permohonan perlu mendapatkan pengesahan dari Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan panel temuduga adalah muktamad.


P/s : Bagi mahasiswa UTM IC KL, anda boleh terus menemui Pegawai HEMA (Biasiswa & Kebajikan) di Pejabat HEMA ; atau menemui mana-mana Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC ; atau terus merujuk kepada saya. Di ingatkan semula, tarikh tutup permohonan adalah  31 MAC 2011.InsyaAllah kami Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 akan cuba membantu sebaik mungkin.


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912

1 comment:

Khairul Fitri said...

Harap fahami betul tentang syarat2 kelayakan..samada kelayakan akademik atau syarat2 lain..

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga