31 October 2010

-Warisan-

Lirik Lagu Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

-Kemahiran Peribadi-

Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoalannya bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi seorang individu yang hebat? tentu ada rahsia dan resepi di sebalik kejayaannya tetapi apakah ia? Pandangan peribadi saya, seseorang yang hebat itu sebenarnya bukanlah bergantung kepada populariti mahu pun pengaruh politik networking-nya. Tetapi seseorang yang hebat itu adalah seseorang yang mampu mengawal diri dan emosinya dalam sebarang situasi. Jelaslah lokus kawalan diri itu merupakan elemen terpenting dalam mencipta kecemerlangan diri.


Terdapat tiga gabungan unsur kemahiran peribadi yang boleh menjadikan individu itu adalah yang terhebat. Unsur-unsur berikut adalah seperti yang direncanakan di bawah :


1.MENGENDALIKAN STRESS
Manusia tidak pernah terlepas dari belenggu masalah dan cabaran. Kemana sahaja kita bersembunyi,kita sentiasa diladeni dengan permasalahan dan membawa kepada tekanan/stress. Individu yang mampu mengawal keadaan ini dengan berhemah dan rasional adalah tergolong dalam golongan yang hebat. Kerana stress ini mampu mengganggu gugat kesabaran dan iman umat manusia dan mampu membuat seseorang itu bertindak di luar kotak pemikiran dan di luar kawalan. Jelaslah lemahnya kawalan stress dalam diri mampu menjatuhkan diri setiap individu itu. Berfikir secara rasional itu lebih baik daripada berfikir secara emosional. Solusinya, bertenanglah, bersabar dan minta pertolongan Allah. Moga di beri petunjuk.


" wahai orang-orang yang beriman. bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya"

(Surah Al-Imran : 200)

2.PENGURUSAN MASA
24 jam sehari,60 minit sejam dan 60 saat seminit. Sekiranya masa yang dikurniakan kepada kita tidak diuruskan dengan baik maka huru-hara lah kehidupan kita.Kucar-kacirlah perjalanan hidup kita. Masa itu boleh diibaratkan emas dan masa itu juga boleh diibaratkan seperti pedang. Mampu membunuh mereka yang gemar melakukan kerja bertangguh.Sehingga hari ini tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa masa itu amat penting biarpun sesaat mahupun sedetik. Sesungguhnya masa akan tetap berjalan mengikut aturan percaturan-Nya.

Justeru,lakukanlah sesuatu bagi menguruskan masa kita sebaiknya seperti penyediaan Jadual waktu, pemasangan jam berpenggera dan lain-lain lagi. Barangsiapa yang tidak mempunyai masa terluang hakikat sebenarnya mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang tidak bijak menguruskan masa. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai masa terluang tapi tidak digunakan dengan sebaiknya, sesungguhnya mereka dalam kerugian.

3.HUBUNGAN INTERPERSONAL
Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Praktikalnya,manusia adalah saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain. Menjaga hubungan baik antara satu sama lain adalah salah satu elemen yang perlu ditanamkan kedalam jiwa-jiwa manusia. Jika ditanya bagaimanakah hendak menjaga hubungan baik dengan orang lain?Jawapannya cukup mudah. Tunjukkan sesuatu yang baik dalam diri kita, lahir dari hati dan bukannya hipokrit. Jaga tingkah laku, butir bicara dan adab. Menghormati orang lain.

Kemahiran komunikasi yang berhemah memainkan peranan penting dalam hubungan interpersonal. Usah menjadi kera sumbang di jutaan himpunan manusia di dunia nyata. Berprasangka baik dan saling membantu dapat mengeratkan lagi ukhwah erti perhubungan terhadap orang-orang sekeliling kita.

Secara total, ketiga-tiga campuran elemen ini mampu menjadikan diri individu itu lebih dihormati dan mampu menyerlahkan kehebatan diri secara halus. Sekiranya perkara-perkara ini diterapkan dalam setiap individu maka akan lahirlah satu generasi yang hebat di dunia ini. Akhir kata,bersama-samalah kita mencorakkan kehidupan kita ini dengan peribadi yang mulia dan diredhai Allah. InsyaAllah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus.

25 October 2010

-Syarat Pekerjaan Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)-

Lambakkan IPTA, IPTS, mahupun kolej-kolej swasta di negara ini telah melahirkan ribuan graduasi berijazah. Secara tuntasnya, jelas menunjukkan bahawa negara kita masih lagi mampu melahirkan ribuan modal insan yang berilmu bagi menggalas harapan negara agar modal insan inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.

Namun permasalahannya pada hari ini ialah lambakkan graduan-graduan dan sedikitnya peluang pekerjaan menyebabkan persaingan yang hebat bagi merebut sesuatu jawatan atau pekerjaan itu. Menjadikan segelintir graduan-graduan lepasan universiti ini mendapat title nama sebagai Penganggur tanpa diperah ilmu yang penuh di dadanya. Jika difikirkan secara rasionalnya sekiranya graduan universiti memegang title ini,apakah sumbangan yang mampu disalurkan kepada negara?Selain kuasa mengundi bagi yang mendaftar.

Timbul satu persoalan baru di sini, adakah graduan-graduan universiti ini tidak mampu meletakkan kebolehpasaran yang tinggi dalam diri masing-masing? Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai syarat-syarat bagi mendapatkan pekerjaan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pihak tahun 2010,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengariskan 5 perkara penting kepada para mahasiswa/graduan bagi mendapatkan kerja selepas tamat pengajian :

1. Mendapat Ijazah berkualiti. Gred di atas 3.00
Rata-rata mahasiswa hari ini melayu khususnya memandang enteng akan keputusan peperiksaan mereka. Sering kali memberikan hasil kerja yang kurang memuaskan dan rela hati tidak mahu keluar daripada kepompong keselesaan. Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan lain sedarlah bahawa gred purata ini merupakan tiket utama bagi melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.Maka berusahalah memberikan yang terbaik.Sekiranya kita ketinggalan dalam akademik maka kita akan berhadapan dengan masalah yang besar.

2. Berpengetahuan Am yang luas.
Majikan-majikan hari ini lebih gemar memiliki pekerja yang berpengetahuan am yang luas. Dimana mereka sentiasa mengikuti peredaran semasa mengenai hal-hal dalam negara mahupun luar negara. Sekiranya kita tidak mengambil tahu akan isu-isu semasa sebenarnya minda kita tidak berkembang. Oleh itu,carilah dan bacalah bahan-bahan ilmiah, surat khabar, dan yang seangkatan dengannya.Penuhi diri dengan ilmiah. Tingkatkan budaya membaca dalam diri.

3. Menguasai Kemahiran Berkomunikasi (Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu)
Aspek ketiga yang ditekankan oleh Pihak JPA adalah kemahiran berkomunikasi sama ada dalam bahasa ibunda mahupun bahasa pengantara dunia. Hari ini kita perlu sedar bahawa kemahiran berkomunikasi ini merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan kita. Ditambah pula dunia menggunakan English sebagai bahasa pengantara.Terimalah kenyataan itu dan lengkapkanlah diri kita dengan kemahiran berbahasa ini kerana ia dapat mempermudahkan segala urusan kita dengan baik. Tiada salah faham dan penipuan jika berurusan dengan orang asing.

4. Aktif Dalam Kokurikulum (Aktiviti Kemahasiswaan)
Kokurikulum atau berpersatuan merupakan satu platform bagi melatih mahasiswa itu sendiri dari segi pelbagai cabang seperti bidang kepimpinan, komunikasi ,kerjasama dan seumpamanya. Aktiviti kemahasiswaan ini mampu memperkuatkan lagi keboleh pasaran diri individu itu. Bahkan individu seperti inilah yang akan menjadi rebutan oleh syarikat-syarikat besar negara. Justeru itu,saya meyarankan agar mahasiswa mengambil perkara ini secara positif dan mulakan langkah awal sebelum ke destinasi pekerjaan, dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan.Banyak perkara yang boleh dipelajari dalm kegiatan inidisamping menambah pengalaman.

5. Berpengetahuan Teknikal Mengenai Kerja Yang Di Pohon.
Berpengetahuan teknikal di sini bermaksud, selaku seorang pemohon kita perlu mengambil tahu dan mengkaji pekerjaan yang dipohon sebelum mula memohon. Perkara ini sangat penting kerana kebiasaan temuduga,akan terdapat satu slot persoalan mengenai pekerjaan yang dipohon dan perlu menghuraikannya secra fakta dan terperinci. Signifikasinya kajian terhadap pekerjaan yang dipinta sememangnya membantu dalam mendalami ilmu mengenai pekerjaan tersebut. Istilah mudahnya ialah "sediakan payung sebelum hujan".

Akhir kata, diharapkan info-info sebegini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa dan graduan bagi memperlengkapkan diri dengan persediaan penuh sebelum beralih ke alam pekerjaan. Seterusnya dapat bersama-sama membantu ekonomi negara dan mampu meletakkan nama negara seiring dengan nama-nama negara maju yang lain.InsyaAllah.


Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Peserta Bengkel Pemikiran Kreatif Nur Al-Falah.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

22 October 2010

-Cinta Terakhir-

Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

19 October 2010

-Perubahan Diri-

Menarik dan tertarik segala perhatian saya untuk mengulas sedikit tentang perkara ini. Perubahan dalam hidup? Sejauh manakah kita mampu untuk berubah. Jika awan-awan di langit sentiasa berubah. Ombak di pantai tidak berubahkah? Inikan pula manusia yang dipengaruhi keperluan dan kehendaknya sendiri. Masakan tidak.

Jika di tanya tepat ke diri kita. Adakah kita telah berubah? Jika berubah, ke arah manakah tujuan mu itu. Ada manusia boleh berubah ke arah yang salah. Ada juga yang berubah ke arah yang benar. Manusia ini penuh dengan kesenian pemikiran dan pembawaan hidupnya kerana manusia adalah makhluk yang dianugerahi akal fikiran oleh Allah. Justeru, secara rasionalnya pilihan baik dan buruk itu diri kita yang tentukan.

Saranan saya kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri. Beranilah melakukan sesuatu perubahan yang positif. Buka minda kita dan sedarilah bahawa kehidupan dunia ini semakin hari semakin mencabar seiring dengan perubahan dunia yang penuh berteknologi. Jadi, cabarlah lah diri dan pemikiran kita untuk terus mengharungi hidup sebagai antara golongan yang terhebat.

Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini. Dalam erti kata lain manusia ini sebenarnya dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang ketua memimpin anak buahnya, seorang suami memimpin keluarganya, dan bagi diri sendiri memimpin dirinya sendiri berlandaskan syariat yang ditetapkan.

Berbalik kepada tajuk perubahan. Selaku seorang pemimpin, maka berubahlah melakukan satu transformasi yang baik itu menjadi sesuatu yang lebih baik kepada orang lain mahupun diri sendiri. Berfikirlah di luar kotak mahupun lakukan strategi lautan biru bagi membawa perjuangan diri kamu dan meletakkan diri kamu dan orang lain di satu kasta yang terbaik.

Signifikasi dari saya, sesuatu perjuangan itu bukan hanya lantang pada kata-kata, buktikanlah melalui perlakuan. Jika mereka tidak menyedari perubahan diri kita, akurlah kerana hanya Allah dan diri kita sahaja yang lebih tahu tentang diri kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Sesungguhnya kita merancang Allah jua yang menentukan. InsyaAllah.


Muhamad Khairul Fitri Sarimin.
Diploma Kejuruteraan Awam.

17 October 2010

-Ayah Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Bila Hari Hujan-


AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?




by Renungan Terakhir on Friday, October 1, 2010 at 3:29pm

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..



Terima kasih untuk anda kerana membaca kisah ini.
Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja.
Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain.


Sila kongsi kisah menarik ini.



14 October 2010

-Nikah Khitbah-

Jom 'couple' sambil dpt redha ALLAH (Nikah Khitbah)
by Achmad Fatah Khairulnizam Ibrahim on Tuesday, October 12, 2010 at 4:58pm
 Jom 'couple' sambil dpt redha ALLAH

Halaqah.Net
Editor: PenaHalaqah
Artikel asal di Forum Halaqah:

Sebelum saya mula mula coret..kepada sesiapa yang nak baca artikel asal sila ke link ni. Kawan saya letakkan artikel asal di blog nya. Penulis asal artikel adalah ustaz maszlee malik,pensyarah usul fiqh kat UIA.


Rasanya semua kita pastinya bercinta dengan orang yang kita suka,apatah lagi dah nama nya pun menyintai,rata-rata kita tentunya mahu menyintai dan memiliki kan?

Maka jika dah memang kita yakin si dia adalah orangnya untuk kita,apa tunggu lagi?’couple’ lah!! Islam tidak pernah menghalang cinta. Cuba fikir logik,jika dah ibadat kita pun lain dengan ibadat agama lain,maka islam yang kita yakini sebagai cara hidup kita pun ada couple cara islam yang sudah tentunya berbeza ngan couple agama lain/fahaman orang yang tak beragama..ye dak?logik kan?

Jadi,bagaimanakah couple yang halal dalam islam?nama islamik bagi ‘couple’ halal ialah nikah khitbah,dalam bahasa kita ianya dipanggil nikah gantung (lebih baik guna nama islamik ye dak? bunyi pun sedap sikit)

Kat sini saya kuarkan ‘point-point’ yg diutarakan oleh penulis asal artikel berkenaan ‘coupling’ halal atau bahasa islamik nya "nikah khitbah"

Antara petikan artikel asal :

1) “Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.”

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

2)” Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.”

3) “Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”

4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”

haa..amacam?praktikal tak islam?ke malu dapat status "married" dalam usia muda?adakah malu buat yang halal tapi tak malu berdua-duan secara haram yang memang memungkinkan segala pekara tak senonoh terjadi atau timbul fitnah?

Nikah khitbah..bukan sahaja solusi kepada belia islam yang mahu ber’couple’ tapi juga adalah tanda/bukti yang si dia yang menyatakan cinta pada kita tu tak menipu,sanggup bertanggung jawab(bagi perempuan la)

Lagi satu,kalau isu dapat anak timbul..aik?bukankah kita selalu ‘claim’ yang kita ni dah maju..kan banyak caranya untuk elakkan kehamilan.

-ni ada ayat ‘favourite’ – “World,world juga,akhirat jangan lupa!”.Haa..siapa kata bila amal islam maka akan kacau hal dunia?Ber’couple’ lah sambil mendapat redha ALLAH

(blog ni no longer available)

Artikel asal di Forum Halaqah:

13 October 2010

-4 Golongan Lelaki Ke Neraka-



by Islamic Glory on Sunday, September 5, 2010 at 3:09pm
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........
http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs309.ash2/58925_426143979810_135853029810_5051220_3699425_a.jpg

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga