30 November 2011

:: Program Kuasa Minda Positif 2011 (MINDA'11) ::


Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulilah, Program Kuasa Minda 2011 (MINDA'11) telah pun berjaya dilaksanakan pada 29 Nov 2011 di Dewan Jumaah. Terima kasih kepada semua 87 peserta yang hadir memeriahkan program ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang membantu dalam memastikan kelancaran perjalanan program. Tidak dilupakan kepada Prof. Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor, kerana sudi berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman beliau bersama-sama.



Saya kira, Prof adalah penaja utama bagi program ini iaitu RM1500x87= RM130500 dengan bayaran percuma. Sanggup bergegas dari Johor Bahru seawal mungkin bagi mengelakkan kelewatan untuk memberikan ceramah kepada semua mahasiswa yang mendaftarkan diri.

Pada awalnya saya menjangkakan sambutan mahasiswa kepada program bercorakkan ceramah ini adalah sedikit ditambah lagi dengan memerlukan bayaran sebanyak RM3/individu. Namun jangkaan awal saya meleset sama sekali setelah saya menerima 63 pendaftaran melalui SMS. Apabila hari program jumlah peserta melonjak menjadi 87 orang termasuk diri saya sendiri.

Apa yang membuatkan saya tersenyum lebar adalah bila saya melihat senarai nama peserta. Boleh dikatakan program ini saya anggap menjadi program pertama untuk sesi kali ini yang melibatkan penglibatan mahasiswa Diploma dan mahasiswa Ijazah hampir setiap kursus dan setiap tahun ada wakil masing-masing. Ada juga wakil bangsa India dan juga Cina menjadikan program ini program yang berkonsepkan 1 Malaysia.

Mengenai isu dan ilmu yang diberikan oleh Prof, bagi saya amat padat dan sangat berguna untuk kita menjalani kehidupan kita dengan lebih baik dengan Pemikiran Minda Positif. Kesannya, aktiviti yang diberikan iaitu memecahkan buah keras dengan hanya menggunakan tangan satu-persatu peserta berjaya melakukannya. Juga terlihat di status-status FB peserta yang memberikan status yang berkaitan dengan program ini.

Semoga program ini dapat menjadi titik tolak penggerak utama dalam mencapai azam yang telah ditetapkan pada awal semester dan awal Muharam, yang tidak lain tidak bukan adalah mengecapi kejayaan dunia dan akhirat.

Akhir kata, saya selaku Pengarah program ini memohon ampun dan maaf sekiranya berlaku kekurangan dalam program yang dianjurkan oleh kami. InsyaAllah akan diperbaiki pada masa hadapan. Bersama-samalah kita berusaha mencapai kejayaan.

sekian.

" Minda Positif, Mahasiswa Produktif "

Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

2 comments:

Sani said...

Syed Mohamed Shafeq merupakan pensyarah UTM bertalam dua muka yg telah mencemarkan institusi pendidikan semata2 kerana gilakan isteri orang & menikam belakang kwn baik sendiri......ini mmg satu tuduhan yg berat tapi ia adalah realiti.....sesiapa yg mengenali beliau silalah inform kpd beliau & saya cabar beliau untuk menyaman saya atas tuduhan ini.......

Anonymous said...

jangan tuduh melulu tanpa bukti. ia mendatangkan fitnah. apa niat anda menceritakan hal tersebut di sini? bukankah lebih baik anda sendiri yang berurusan dengan beliau.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga