24 October 2011

:: Kira Pointer Peperiksaan::

Memandangkan bahang Peperiksaan Akhir Semester telah reda. Kini debaran menantikan senarai keputusan kian terasa. Setakat hari ini, mana-mana pensyarah yang telah siap menanda kertas jawapan telah mengeluarkan senarai keputusan awal di senarai tampal. Namun perlu diingat senarai tampal ini boleh jadi akan berubah setelah mesyuarat senat. Setelah mesyuarat senat berlangsung semua keputusan peperiksaan akan dikeluarkan di Keputusan Peperiksaan dan keputusan adalah muktamad.


Tapi disini saya ingin mengajar mana-mana mahasiswa yang tidak tahu atau mahasiswa tahun satu khususnya dari segi cara-cara mengira pointer anda. Saya bawakan contoh senarai subjek dan gred.

KOD
MATA PELAJARAN
GR
MN
KR
JMN
ST
DDA1062
DDA1163
DDS1012
DDS1112
DDS1513
UDP1021
UDP1152
1
2
3
4
5
6
7
A+
A
A-
B+
B
C-
D+
4.00
4.00
3.67
3.33
3.00
1.67
1.33
02
03
02
02
03
01
02
8.00
12.00
7.34
6.66
9.00
1.67
2.66






UM

15
47.33


Cth 1 : Kiraan Bagi Mata Pelajaran 1 (DDA1062)
Gred = A+
MN = 4.00 (mata nilai bagi gred)
KR = 02 (Kredit bagi subjek *di hujung kod 1062)

MN x KR = JMN (Jumlah mata nilai)
4.00 x 02 = 8.00

Kemudian kirakan JMN untuk semua subjek dan jumlahkan. Jumlahkan juga keseluruhan KR.

Kiraan Pointer
Jumlah JMN ÷ Jumlah KR = Pointer
47.33 ÷ 15 = 3.16

Bermaksud pointer (PNG) pada semester ini adalah 3.16.

Ulang Mata Pelajaran
Untuk makluman mahasiswa perlu mengulang semula Mata Pelajaran sekiranya mendapat Gred D, D- & E. Prosesnya perlu mendaftar semula subjek berikut terus ke bahagian akademik dan ambil semula. Beerti perlu hadir semula ke kuliah, ujian-ujian dan peperiksaan akhir seperti biasa. Untuk Gred D+, anda dibenarkan mengulangi semula matapelajaran dengan merujuk kepada bahagian akademik sekiranya mahu.
(*pendaftaran semula subjek hanya mengikut tawaran subjek yang dibuka oleh bahagian akademik pada tahun tersebut)

Diharapkan petikan ini dapat membantu mahasiswa dengan lebih jelas untuk pengiraan PNG masing-masing. Sekiranya berlaku kesilapan saya memohon maaf dan mohon beritahu kepada saya supaya saya dapat membetulkannya.InsyaAllah.

" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "

Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel :             013-7859912      
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

4 comments:

student 1DDPE said...

kalo ade ade transfer kredit cmne??

Anonymous said...

transfer kredit x dkire skali..sb dianggap kita x amek subjek 2..

Anonymous said...

Klu details lgi mcamane
klu A+ ngan A- tu biase mrkah berape. .

Anonymous said...

kalau D+ tu saya tak faham

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga