04 August 2011

:: Tips Sambung Pengajian Ke Luar Negara ::


Katakan sahaja, siapa yang tidak teringin untuk menyambung pengajian ke luar negara. Jika sebelum ini, ada sahabat-sahabat kita berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita pula menyambung pengajian di universiti tempatan. Jangan risau kita juga boleh melanjutkan pengajian ke luar negara untuk peringkat pengajian seterusnya nanti, asalkan kita membuat persediaan yang secukupnya.


1.Syarat pertama dan utama sekali ialah pointer kita hendaklah di paras yang cemerlang. Jadi belajarlah kita dengan rajin sementara ada masa ini dan capai keputusan sebaiknya dekan kelas pertama. Kebanyakkan universiti menggariskan pointer sebagai syarat kemasukan, jadi bergantung kepada universiti pilihan kita. Selain itu, keputusan yang cemerlang dapat membantu kita dalam mencari penajaan atau biasiswa untuk menyambung pengajian nanti. Nanti tidaklah menyusahkan kedua orang tua kita, melainkan anda golongan berada.

2.Semasa dalam pengajian kita yang sekarang. Segala kertas 'course outline' setiap subjek dan setiap semester perlu kita simpan. Kerana 'course outline' kita ini akan membantu kita dalam proses pemindahan kredit subjek atau dalam erti kata lain kita boleh skip subjek yang sudah kita pelajari semasa di sini. Selain itu untuk rujukan silibus kepada universiti luar negara pilihan kita nanti. Jika course outline kita tidak lengkap mungkin boleh minta bantuan bahagian akademik untuk dapatkan semula atau rujuk semula kepada pensyarah-pensyarah.

3.Tambahan, saya juga mencadangkan buku-buku pembelajaran kita hari ini yang berkaitan dengan kursus pilihan kita nanti juga baik turut disimpan, menjadi rujukan kepada kita pada masa akan datang bila diperlukan. Jadi tidaklah kita membazir dengan membeli buku rujukan baru. Bukankah jimat.

4.Sekiranya kita telah berkenan dengan mana-mana negara, universiti atau kursus. Kita bolehlah merujuk Cek Pengiktirafan negara, universiti dan kursus tersebut atau hubungi terus Pihak JPA bagi memastikan sijil daripada universiti berkenaan adalah yang diiktiraf di Malaysia. Sekiranya tidak, adalah satu kerugian terbesar untuk kita dan menyukarkan kita menggunakan sijil tersebut untuk mencari pekerjaan kelak.

5.Macam mana nak tahu Universiti atau kursus yang terbaik untuk kita. Pertama boleh selidik sendiri melalui pembacaan atau web. Kedua, tanya pensyarah atau orang yang pernah sambung pelajaran di luar negara untuk beri pendapat dan cadangan. Ketiga yang paling penting, jumpa dengan kaunselor tempat anda, kerana mereka lebih tahu prosedur lanjut dan sebahagian besar informasi yang kita kehendaki. Pasti ada yang mereka boleh bantu seperti penyediaan resume atau temuduga.

6.Yang penting kita kena sentiasa ambil tahu, peka kepada tawaran-tawaran pembelajaran ke luar negara dengan tawaran biasiswa sekali. Kerana kebiasaan mahasiswa selalu lupa atau tidak perasan tentang pembukaan tawaran-tawaran pengajian keluar negara dan tawaran biasiswa ke luar negara. Untuk sentiasa mengetahui perkara semasa, saya cadangkan untuk bertanyakan kepada pusat kaunseling atau kaunselor anda dan rajin-rajin menjenguk capaian yang saya sekalikan di bawah petikan ini.

7.Akhir sekali, pastikan diri anda dilengkapi dengan iman yang mantap supaya tidak goyah di luar sana dengan pelbagai godaan dan anasir-anasir yang tidak baik, serta penuhilah dada kita dengan semangat kenegaraan agar tidak lalai dan lupa asal usul tanah tumpah negara tercinta Malaysia dan tidak diperlekehkan oleh negara luar. Jangan pernah sesekali anda hilang identiti diri anda.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap informasi atau terkasar bahasa dalam petikan kali ini atau informasi kurang lengkap atau tidak membantu. Namun, saya sentiasa mendoakan anda semua berjaya dalam operasi menjejakkan kaki ke luar negara bagi menyambung pengajian. InsyaAllah Allah telah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh.

Cadangan bacaan :
Senarai kelayakan Dari Dalam dan Luar Negara
http://malaysia-scholarship.net/
http://www.ypm.org.my/
http://www.mara.gov.my/web/guest/home
http://www.jpa.gov.my/
http://www.mohe.gov.my/


" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "

Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
UTM International Campus Kuala Lumpur
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri_mpmutm@live.utm.my

1 comment:

Khairul Fitri said...

Petikan ini dibuat setelah saya menemui kaunselor UTM IC dab bertanyakan secara ringkas mengenai perkara ini.

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga