Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 & 24 Mac 2011, antara pengisian program adalah Exhibition ICT, Career Talk dan lain-lain lagi. Namun kami hanya sempat hadir pada hari kedua program iaitu pada 24 MAC 2011. Antara slot yang kami lalui adalah Career talk daripada Career Xcell : Xcellent Service Beyond Xpectations.
Antara yang ingin di kongsi di sini adalah.
What Does Employer Really want From You
1. Soft skill 42.0 %
2. Academics 30.0 %
3. English 12.5 %
4. Interview performance 9.0 %
5. Graduates’ fit with company culture 4.0 %
6. Related experience 2.5 %
Berikut merupakan antara elemen dan peratus kepentingan yang diperlukan dalam mencari pekerjaan. Dan kriteria yang terpenting adalah soft skill dan akademik jatuh di tempat kedua, jika dilihat dari skop seorang mahasiswa soft skill ini sebenarnya mampu digilap dan ditingkatkan melalui aktiviti berpersatuan dan program di universiti.
Ulasan saya kepada semua mahasiswa UTM IC khususnya, tidak rugi anda sertai program-program di universiti hari ini, kelak melalui pengalaman dan ilmu berprogram atau berpersatuan ini akan membantu anda pada masa hadapan. InsyaAllah.
seterusnya, saya percaya dan semua orang juga percaya, hari ini telah lahir ramai golongan-golongan cerdik pandai dan hebat. Sejujurnya, perkara ini pasti akan menyukarkan kita dalam persaingan dalam mencari pekerjaan. Namun, apa yang saya dapat daripada sesi ini adalah, bagaimana kita untuk kelihatan lain daripada orang lain dan dikenali. Iaitu dengan melakukan penjenamaan diri.
A Branding
1. is promise
2. has name
3. recognition
4. is unique
5. has a reputation
6. has equity
7. reflects core values
8. is an ideal solution to someone’s needs
InsyaAllah dengan melakukan penjenamaan diri, maka orang lain akan lebih tertarik dengan personaliti diri kita dan mampu mengingati diri kita. Seterusnya peluang dan ruang untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu akan cerah.
Akhir kata, apa yang saya ingin katakan di sini, akademik masih belum mampu menjamin diri untuk mendapat pekerjaan. Pertingkatkanlah kualiti diri agar peluang akan terbuka dan terarah kepada kita. Ambil segala peluang yang ada kerana mengambil peluanga akn membuka kita kepada dimensi ruang yang seterusnya. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia hanya Tuhan yang tahu.
Zubair, Fitri, Zulfadhli, Yasser
" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 10/11
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912
No comments:
Post a Comment