Beberapa jam yang lalu. Aku usai mengulang kaji pelajaran. Hatiku tertarik dengan bunyi riuh rendah di sebelah gelanggang sana. Beberapa susuk tubuh manusia remaja sedang bermain futsal. Lincah menguis bola dan menolak tariknya menyerlahkan kepakaran bermain bagaikan profesional. Apa yang terlintas difikiran aku detik itu. Bayangkan hanya dengan sebiji bola sahaja mampu mengembirakan ramai penggemarnya. Bagaikan satu fenomena. Selang beberapa minit. Sejumlah lagi rakan turun ke gelanggang futsal itu. Menambahkan lagi jumlah pemain yang sedia ada di situ.
Perlawanan yang hebat dan dahsyat. Kombinasi terancang lima sekumpulan. Pelbagai aksi dan skill kemahiran peribadi di terjemahkan. Rembatan padu dan kencang bertalu-talu ke arah gawang pihak lawan. Para pemain yang terdiri dalam lingkungan umur 21-19 pada anggapan aku. Sukan malam, masih lagi relevan di kolej kediaman kami walaupun terdapat pro dan kontra bagi mahasiswa yang kini dalam Minggu Belajar. Dan aku masih lagi duduk di kerusi bersebelahan gelanggang.
Tiba-tiba aku didatangi salah seorang pemain yang juga sebenarnya rakan sekelasku. Kami memanggilnya Ayie. Berbaju hitam berseluar hitam dan berkasut SALA. Duduk disebelah aku. Berborak kosong. Namun aku tertarik bila dia menceritakan tentang kasut yang dipakainya. Kasut buruk yang sudah halus dan tanggal tapaknya tapi sanggup di gam untuk digunakan semula. Walhal dia mempunyai kasut futsal lain yang lebih elok dan cantik. Menurutnya kasut yang dipakainya merupakan kasut keluaran pertama SALA.
Kasutnya itu diperolehi dari abangnya. Dan menurutnya lagi, sama ada percaya atau tidak, abangnya sanggup menukarkan kasut barunya kepada rakannya demi kasut yang sudah rabak itu. Alasannya sungguh mudah. Kasut koyak itu lebih selesa berbanding kasut barunya. Berbaloi dan seimbangkah nilai sistem barter yang dilakukan?
Menarik untuk di ulas. Mahal dan cantik sesuatu itu pun masih belum cukup mampu untuk menandingi nilai keselesaan. Begitu juga dalam persahabatan biarpun cantik paras rupa mahupun tinggi darjat harta benda tetapi tidak memberi keselesaan kepada rakan-rakannya adalah tidak juga berguna berbanding buruk dan lemah tetapi memberi keselesaan kepada yang lain.
Sesuatu yang buruk itu adalah lebih tinggi nilainya jika dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain yang menggunakannya. Sesuatu yang buruk itu juga akan kelihatan lebih cantik jika diinovasikan secara kreatif dan dapat mengurangkan pembaziran dan pembuangan serta pencemaran alam.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Hari ini saya percaya bahawa semua percaya yang manusia generasi ini semakin cerdik dan berkebolehan. Langkahkan sahaja kaki kita ini ke ma...
-
Berikut merupakan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak UTM mengenai cuti hujung semester ini bagi Program Ijazah Pertama & Program dip...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
-
Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya...
-
Mulianya Al-Quran Serba sedikit perkongsian bersama mengenai antara kemuliaan sentuhan Al-Quran.
-
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan,...
2 comments:
Aku teringin melahirkan sebuah karya yang simple tetapi menarik..tapi masih belum mampu..huuu~
bez bez :)
Post a Comment