UTMotion merupakan salah satu inisiatif UTM kepada segala video-video program. Segala bentuk program yang dirakam dalam bentuk video boleh di muat naik dan muat turun di sini. Terdapat juga video-video menarik cetusan idea-idea mahasiswa tidak kira tentang program atau pun cerita pendek di muat naik disini. Senang kata video yang ada disini adalah yang dihasilkan oleh warga UTM itu sendiri dan Hakcipta UTM.
Secara peribadi, Website yang seakan-akan Utube ini sangat menarik kerana skop video adalah lebih terarah kepada UTM dan mudah kepada kita mengetahui serba ringkas mengenai keperihalan UTM melalui video yang ditonton. Bahkan kita juga dapat memberikan sebarang komentar. Terdapat juga tutorial mengenai perkara-perkara berkaitan program IT UTM dan lain-lain lagi yang dapat membantu mahasiswa secara tidak langsung.
Sejujurnya saya tertarik kepada video-video yang dihasilkan oleh mahasiswa. Idea yang menarik dipaparkan dalam bentuk video yang dapat memberikan mesej mendalam kepada penonton. Antara elemen nasihat dan pengajaran diterapkan. Selain terdapat juga video kuliah subuh, khutbah jumaat serta ucapan daripada Datuk Naib Canselor UTM itu sendiri.
Saya menyokong penuh UTMotion ini dan berharap kepada semua mahasiswa khususnya sahutlah cabaran UTMotion ini dengan menghasilkan sebarang video yang kreatif seiring dengan motto UTM itu sendiri iaitu " Menjana Minda Kreatif Dan Inovatif " dan hantar ke pihak UTM agar kita boleh kongsi manfaat bersama-sama. Insya-Allah bersama-sama kita menyemarakkan lagi semangat mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif di bumi UTM ini. InsyaAllah.
Link : http://utmotion.utm.my/
" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti"
Yang berkhidmat,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa,
UTM International Campus Kuala Lumpur.
Tel : 013-7859912
Emel : khairulfitri09@yahoo.com
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Sekadar Ingatan Bersama ::Pencuri Kain Kafan & Tujuh perkara ganjil. Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri ka...
-
Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPMUTM ) dan seluruh warga UTM International Campus Kuala Lumpur mengucapkan selamat berangkat menc...
-
Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaj...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
Lirik Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nene...
-
KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL OF SPORT AND CULTURE 2011 (FeSC’11) NO. PERSATUAN EMAS PERAK GANGSA KESELURUHAN 1. S...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
-
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean by Kawan Kota Tinggi on Tuesday, September 28, 2010 at 1:57pm 1. They end 9 out o...
No comments:
Post a Comment