Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudahan yang disediakan UTM iaitu UTM Students Live Email. Untuk makluman semua, mahasiswa yang berdaftar bawah nama UTM akan diberikan email rasmi UTM masing-masing (cth, muhamad@live.utm.my ).
Bagi mana-mana mahasiswa yang tidak mengetahui mengenai e-mel ini atau menggunakan e-mel tersebut. Di sini kami menunjukkan langkah secara ringkas bagaimana mendapatkan e-mel berikut :
LANGKAH 1 : pergi ke laman http://mail.live.utm.my/main.php akan dipaparkan seperti yang berikut
LANGKAH 2 : Untuk mengetahui alamat e-mel sendiri, Klik pada http://acid.utm.my/checkacid.php kemudian akan dipaparkan paparan seperti yang berikut. Bagi yang sudah mengetahui boleh terus ke http://mail.live.com/ untuk log in.
LANGKAH 3 : Isikan No.Kad Matrik anda dan SUBMIT.
LANGKAH 4 : Butiran akan dipaparkan dan akan ditunjukkan alamat e-mel masing-masing.Dengan e-mel yang diberikan, anda boleh LOG IN e-mel anda di http://mail.live.com/ dengan menggunakan No.Kad Pengenalan sebagai Password bagi yang pertama kali log in.
Insya-Allah dengan langkah-langkah yang diberikan, mahasiswa dapat menggunakan kemudahan UTM Students Live Email ini dengan baik dan memanfaatkannya. Akhir kata dari kami, Majlis Perwakilan Mahasiswa mengucapkan Selamat Mencuba (^_^)
" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Petikan kali ini adalah untuk memudahkan mahasiswa tahun satu dan juga mana-mana mahasiswa yang tidak tahu berkaitan perkara yang perlu dil...
-
:: Erti Perjuangan Belum Selesai Dalam konteks Mahasiswa (Minggu Peperiksaan) :: 1-ketika yang lain telah menutup buku dan nota,kita masi...
-
KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL OF SPORT AND CULTURE 2011 (FeSC’11) NO. PERSATUAN EMAS PERAK GANGSA KESELURUHAN 1. S...
-
Berikut merupakan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak UTM mengenai cuti hujung semester ini bagi Program Ijazah Pertama & Program dip...
-
PADAH SESIAPA YG B'SEMBANG SEMASA AZAN B'KUMANDANG..>>> by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Sunday, October 17, 2010 at 11:57...
-
Selasa, 29Mac2011 - Musim peperiksaan akhir semester bakal menjelang tiba, kami dari barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Kuala Lumpu...
-
Memandangkan bahang Peperiksaan Akhir Semester telah reda. Kini debaran menantikan senarai keputusan kian terasa. Setakat hari ini, mana-man...
-
Pada semester yang lalu setelah mahasiswa UTMIC tamat peperiksaan akhir dan ingin pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing, saya te...
-
Remaja. Remaja hari ini. Sentiasa ingin sahaja melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidupnya. Mencuba sesuatu yang baru itu adalah sal...
-
Jika ada sesiapa yang meminta Kasihmu, katakanlah ianya hanya pada Allah.. Jika ada sesiapa yang meminta Cintamu, katakanlah iany...



2 comments:
sangat membantu
saya dah tukar password
pastu lupa
mcm na nak check balik password
Post a Comment