Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020.
Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.
"Bagi mencapai transformasi ini, banyak benda yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai kemakmuran dan pendapatan berekonomi tinggi. Kita perlu memikirkan mengenai pelaburan domestik.
"Di Malaysia, kita membenarkan pelabur asing datang ke mari dan mendapat manfaat daripada buruh kos rendah dan subsidi kita, dan sudah tiba masanya untuk kita berubah dan menyokong industri tempatan," kata beliau di Forum Malaysia-Eropah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata yang insentif boleh diberikan kepada pelabur domestik bagi menarik mereka melabur di dalam negara.
"Kerajaan nampaknya sedar mengenai perkara ini dan telah menyatakan yang industri tempatan akan diberikan bantuan dan sokongan untuk berkembang dan seterusnya menjadi kelas dunia.
"Semasa tahun-tahun pelaburan perindustrian asing, Malaysia telah banyak belajar mengenai pembuatan dan pemasaran seluruh dunia. Dengan sedikit bantuan, industri Malaysia boleh berkembang dan menggantikan pelaburan asing langsung untuk pembangunan ekonomi," tambah beliau.
Melainkan jika peralihan kepada pergantungan ke atas pelaburan domestik disusuli dengan sokongan aktif daripada kerajaan, terdapat segala kemungkinan untuk pendapatan Malaysia cukup tinggi bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju, kata beliau.
- Bernama-
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/149579
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Posts (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru ba...
-
Memandangkan bahang Peperiksaan Akhir Semester telah reda. Kini debaran menantikan senarai keputusan kian terasa. Setakat hari ini, mana-man...
-
Dunia semakin mencabar.Keringat usaha dibalas dengan tohmahan keji.Pengorbanan dibalas dengan dendam dan iri hati. Peritnya rasa di hati. ...
-
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam segala salam. Sebenarn...
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
-
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean by Kawan Kota Tinggi on Tuesday, September 28, 2010 at 1:57pm 1. They end 9 out o...
-
KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE . Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul) Bila dahaga...
-
Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya...
-
Rakan-rakan mahasiswa boleh baca maklumat di bawah; 1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, I...