"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
23 May 2011
:: Selamat Berangkat Mencemar Duli ke UTM IC Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan agong ::
Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPMUTM ) dan seluruh warga UTM International Campus Kuala Lumpur mengucapkan selamat berangkat mencemar duli kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bagi menyempurnakan Perasmian Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS) dan Pelancaran Autobiografi Pro-Canselor UTM, Y.Bhg. Tan Sri Salleh Mohd Nor pada 24 Mei 2011 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1432H bertempat di Dewan Besar UTM International Campus Kuala Lumpur.
Akan hadir bersama adalah YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Naib Canselor UTM, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor- Pro-Canselor UTM, Menteri-menteri Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara, Menteri-menteri Besar, Pegawai-pegawai UTM serta Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC (MPMUTM) dan Barisan Presiden-presiden Persatuan UTM IC.
Semoga Majlis berjalan dengan lancar dan diberkati hendak-Nya Insya-Allah.
Ikhlas dari,
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden Kampus Antarabangsa
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM IC)
UTM International Campus Kuala lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaj...
-
Petikan kali ini adalah untuk memudahkan mahasiswa tahun satu dan juga mana-mana mahasiswa yang tidak tahu berkaitan perkara yang perlu dil...
-
Beberapa jam yang lalu. Aku usai mengulang kaji pelajaran. Hatiku tertarik dengan bunyi riuh rendah di sebelah gelanggang sana. Beberapa sus...
-
Lambakkan IPTA, IPTS, mahupun kolej-kolej swasta di negara ini telah melahirkan ribuan graduasi berijazah. Secara tuntasnya, jelas menunjukk...
-
< Alhamdulillah > Terima Kasih Allah. Terima Kasih Emak. Terima Kasih Ayah. Terima Kasih Keluarga Terima Kasih Alam. Terima Ka...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Semoga petikan ini tidak memberikan mudarat kepada yang lain, niatnya tidak l...
-
Dalam sehari pasti kita akan menghadapi masalah bukan. Ada pandangan mengatakan bahawa hidup ini menyelesaikan masalah. Bila datang sesuatu...
-
Menarik dan tertarik segala perhatian saya untuk mengulas sedikit tentang perkara ini. Perubahan dalam hidup? Sejauh manakah kita mampu untu...
-
Pada semester yang lalu setelah mahasiswa UTMIC tamat peperiksaan akhir dan ingin pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing, saya te...

No comments:
Post a Comment