Andalah jaguh. Dari amatur beralih kepada profesional. Dari jaguh kampungan beralih kepada arena pentas dunia. Dari hobi biasa menjadi karier ternama. Hilang hobi lamanya kerana sebati dengan jiwa naluri. Kini bersungguh-sungguh melaksanakan garapan cita-cita menjadi terkemuka dan tiada tandingan. Manusia sentiasa mahu jadi yang terhebat.
Sebenarnya, cuba kita renungkan. Dimanakah kehebatan seorang jaguh itu?. Jika Hang Tuah, tuahnya terletak pada huruf 'T' berdasarkan cerita Nujum Pak Belalang. Hilanglah Tuah jika huruf 'T' digantikan dengan huruf yang lain. Tetapi ini bukan cerita mahupun filem. Ini perkara yang nyata. Dunia realiti kehidupan seantero dunia.
Ada yang bercakap kehebatan itu terletak pada Kekuatan Diri. Mampu mengangkat bertan-tan beratnya. Benar,itu hebatnya. Namun,sama ada kita tahu atau tidak. Manusia hanya mampu mengangkat berat sehingga 3 kali ganda dari berat tubuhnya. Ternyata penganggkat berat sudah tentu mempunyai berat badan yang berat. Tetapi bagi peribadi saya. Ini belum cukup hebat!.
Muncul pula kata-kata. Kehebatan itu terletak pada Kepantasan Diri. Sungguh, andalah yang terhebat jika mampu bergerak pantas melebihi kepantasan Bullet train di Jepun. Berlari mengelilingi bumi sepantas mungkin tanpa rasa penat. Adakah mampu Usain Bolt menjadi seperti itu? hebat! tetapi bagi saya elemen ini masih belum cukup hebat!
Kemudian datang seseorang berkata kepada saya. Strategi terbaik itulah kehebatan jaguh. Sejauh manakah kebenaran kata-kata manusia ini. Alasannya, Walaupun tanpa menggunakan kudrat mahupun tahap kehenseman yang tinggi, sekiranya strategi itu berkesan. Itulah kejayaan. Seperti para pemain futsal mahupun permainan TIC-TAC-TOE. Benar, manusia ini hebat kerana berfikir secara di luar kotak. Ataupun ini digelar strategi lautan biru. Maafkan saya, bagi saya unsur ini masih lagi belum gah untuk dikatakan hebat!
Ketelitian. Apakah yang dimaksudkan? Teliti ini bererti peka dengan keadaan sekeliling. Mengambil kira persekitaran dalam sesuatu mahupun semua hal. Malahan memanipulasikannya demi membantu diri ataupun persediaan diri demi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Seperti Pemanah yang mengambil kira unsur angin dalam terjahan panah beliau. Tahniah,anda memang seorang yang bijak. Tapi bagi saya ini masih belum cukup hebat!
Sudah. Sebenarnya di manakah kehebatan seorang jaguh? Pandangan peribadi saya. Kehebatan seorang jaguh itu terletak pada Pemikiran Positifnya. Sekiranya dia berfikir dan yakin dengan keadaan dirinya. Dia mampu lakukan apa sahaja yang diinginkan. Kekuatan mentaliti itu mendorong melonjakkan usaha individu. Secara tidak langsung aspek ketelitian, Strategi, Kepantasan, dan Kekuatan akan terhasil dengan sendirinya. Maka lengkaplah dan andalah jaguh!
Akhir kata, biar sehebat manapun kita. Kita tetap lemah dan kecil. Kita tetap hamba Allah yang perlu mengikut perintah-Nya. Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Tetapi telah termaktub di dalam firman-Nya, Allah akan memberikan kejayaan kepada mereka yang berusaha.(*sila rujuk Al-Quran). Oleh itu, berusahalah. Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan jalan kita. Insya-Allah.
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Diploma Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulilah, Program Diskusi : Teknik Penyediaan Resume, Temuduga & Alam Pekerjaan 2012 (DISKUSI'12) te...
-
Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang ...
-
- النجاح سلم لا تستطيع تسلقه ويداك في جيبك… 1-Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku. - من يحاول يمسك ا...
-
Cek Keputusan Peperiksaan : 1. Anda perlu log in terlebih dahulu http://aimsweb.utm.my/ 2. Anda boleh lihat di senarai tampal atau keputu...
-
Aku terasa nak menulis. Tapi aku tak tahu nak tulis tentang apa. Aku menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran ni. Aku suka menulis. Aku j...
-
Alhamdulillah malam tadi (11 Mac 2012) telah berlangsungnya Malam Pra Graduan UTM IC 2012. Jika pada tahun yang lepas malam MPG ini telah d...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
-
Aku terlalu sayang kepadanya. Mungkin mereka tak tahu apa yang kita rasa bilamana kadang-kadang cakap pun tak guna sebab ia bukannya manusia...
-
Biar hidup gelap tanpa sinaran cahaya.... Jangan hati gelap tanpa sinaran iman... Biar jiwa sepi tanpa kasih sayang insan... Jangan jiwa su...
3 comments:
Semua Orang Boleh Menjadikan Diri Mereka Hebat Dengan Berfikiran Positif. Lakukan Anjakan Usaha Yang Positif..
berfikiran positif sahaja tdk mncukupi,sy kira..
byk lagi unsur dan elemen yg perlu diterapkan di dlm diri sso itu.. pada umumnya..yes,,+ve thnking 2 important.. bt,,as a muslim..knowledge,iman n takwa itu adalah kuncinya...(agama lain juga pasti menekankan hal yg sama-Faith)..
no offnse..
hny pndapat=D
berfikiran positif itu penting kerana ia mampu mengubah persepsi seseorang...drpd sukar pasti akan menjadi senang...dan sudah tentu usaha dijana sehingga kudrat yang terakhir...justeru kita sebagai manusia yang mempunyai pegangan akan berpaksikan pada agama masing-masing iaitu dengan berdoa dan bertawakal untuk menggapai kejayaan..
~rencah yang sesuai sudah pasti memberikan hidangan yang lazat~
Post a Comment