Menarik dan tertarik segala perhatian saya untuk mengulas sedikit tentang perkara ini. Perubahan dalam hidup? Sejauh manakah kita mampu untuk berubah. Jika awan-awan di langit sentiasa berubah. Ombak di pantai tidak berubahkah? Inikan pula manusia yang dipengaruhi keperluan dan kehendaknya sendiri. Masakan tidak.
Jika di tanya tepat ke diri kita. Adakah kita telah berubah? Jika berubah, ke arah manakah tujuan mu itu. Ada manusia boleh berubah ke arah yang salah. Ada juga yang berubah ke arah yang benar. Manusia ini penuh dengan kesenian pemikiran dan pembawaan hidupnya kerana manusia adalah makhluk yang dianugerahi akal fikiran oleh Allah. Justeru, secara rasionalnya pilihan baik dan buruk itu diri kita yang tentukan.
Saranan saya kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri. Beranilah melakukan sesuatu perubahan yang positif. Buka minda kita dan sedarilah bahawa kehidupan dunia ini semakin hari semakin mencabar seiring dengan perubahan dunia yang penuh berteknologi. Jadi, cabarlah lah diri dan pemikiran kita untuk terus mengharungi hidup sebagai antara golongan yang terhebat.
Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini. Dalam erti kata lain manusia ini sebenarnya dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang ketua memimpin anak buahnya, seorang suami memimpin keluarganya, dan bagi diri sendiri memimpin dirinya sendiri berlandaskan syariat yang ditetapkan.
Berbalik kepada tajuk perubahan. Selaku seorang pemimpin, maka berubahlah melakukan satu transformasi yang baik itu menjadi sesuatu yang lebih baik kepada orang lain mahupun diri sendiri. Berfikirlah di luar kotak mahupun lakukan strategi lautan biru bagi membawa perjuangan diri kamu dan meletakkan diri kamu dan orang lain di satu kasta yang terbaik.
Signifikasi dari saya, sesuatu perjuangan itu bukan hanya lantang pada kata-kata, buktikanlah melalui perlakuan. Jika mereka tidak menyedari perubahan diri kita, akurlah kerana hanya Allah dan diri kita sahaja yang lebih tahu tentang diri kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Sesungguhnya kita merancang Allah jua yang menentukan. InsyaAllah.
Muhamad Khairul Fitri Sarimin.
Diploma Kejuruteraan Awam.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
aku mungkin sekadar pelangi dalam hidupmu... hadirku tanpa disapa... hilangku tak membawa apa2... tapi... mengenalimu satu anugerah berhar...
-
Halaman ini adalah untuk membantu dan memudahkan mahasiswa-mahasiswa untuk mendapatkan borang-borang sekiranya pejabat tutup atau waktu cu...
-
Presiden : Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud 012-2274949 Timb. Presiden : Khairul Nizam bin Md. Hussin 013-2119068 Setiausaha Agung : Wan Fra...
-
Memandangkan bahang Peperiksaan Akhir Semester telah reda. Kini debaran menantikan senarai keputusan kian terasa. Setakat hari ini, mana-man...
-
Dunia semakin mencabar.Keringat usaha dibalas dengan tohmahan keji.Pengorbanan dibalas dengan dendam dan iri hati. Peritnya rasa di hati. ...
-
KENYATAAN RASMI MPMUTM sesi 2010/2011 by Wan Frâny Muhtaddin Masbak on Tuesday, August 9, 2011 at 2:08pm. Salam dan salam sejahtera, ber...
-
30-31 MAC 2011 – Pada tarikh berikut Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menjalankan satu sesi temuduga dalam misi pencarian RAKAN EXC...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
2 comments:
utk kmu jew k.,,
anyway..luv ur writing..
Perubahan perlu dilakukan untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam kehidupan...
Dan perlu diakui perubahan itu terlalu sukar dilakukan buat diri andai tiada azam yang jitu dan kukuh untuk melakukannya...
Post a Comment