"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
03 April 2011
-TAHNIAH KEPADA TNC (HEMA) DI ATAS ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DARI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA-
Semua warga MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlangyang diterima oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Hari Pengakap Malaysia 2011.
Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang ini telah diperkenan dan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di Istana Melawati, Putrajaya pada 15 Mac 2011 (Selasa).
Anugerah tersebut diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap Beruniform dan Ahli-Ahli Biasa dipelbagai peringkat jawatan sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka terhadap perkembangan dan kemajuan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di tempat mereka bertugas.
Semoga anugerah ini akan menyemarakkan lagi aktiviti kepimpinan Pengakap (Kelana Siswa) di Universiti Teknologi Malaysia.
TAHNIAH juga diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di di atas perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia (Kelana Siswa) seluruh IPTA.
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!
Sumber : http://www.mpmutm.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Sekadar Ingatan Bersama ::Pencuri Kain Kafan & Tujuh perkara ganjil. Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri ka...
-
Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPMUTM ) dan seluruh warga UTM International Campus Kuala Lumpur mengucapkan selamat berangkat menc...
-
Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaj...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
Lirik Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nene...
-
KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL OF SPORT AND CULTURE 2011 (FeSC’11) NO. PERSATUAN EMAS PERAK GANGSA KESELURUHAN 1. S...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
-
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean by Kawan Kota Tinggi on Tuesday, September 28, 2010 at 1:57pm 1. They end 9 out o...


No comments:
Post a Comment