30-31 MAC 2011 – Pada tarikh berikut Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menjalankan satu sesi temuduga dalam misi pencarian RAKAN EXCO MPM UTM IC bagi fasa 1. Lokasi temuduga adalah di Bilik Kuliah 2 di Blok C Kolej Kediaman Siswa Jaya. Pencarian bagi fasa 1 ini cukup menggalakkan dan mencapai sasaran yang telah digariskan oleh. Seramai 15 calon telah terpilih untuk menjadi RAKAN EXCO MPM pada sesi ini.
Senarai RAKAN EXCO yang terpilih akan diumumkan selepas pencarian RAKAN EXCO fasa 2 selesai. Tahniah di ucapkan kepada mereka yang terpilih. Oleh yang demikian, Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa mengharapkan komitmen dan kerjasama yang terbaik dari pihak saudara/saudari. Insya-Allah, bersama-sama kita dalam menjaga kebajikan mahasiswa UTM IC. Semoga ia menjadi salah satu usaha yang dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
Namun, bagi semua mahasiswa yang terlepas dalam temuduga ini. Jangan bimbang kerana anda semua masih berpeluang menjadi RAKAN EXCO MPM. Kami akan menjalankan MISI PENCARIAN RAKAN EXCO FASA 2 pula di Kolej Kediaman Siswa Semarak pada tarikha yang akan ditetapkan dan FASA 3 & FASA 4 selepas Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) semester hadapan. Jumpa anda di sesi temuduga akan datang. (^_^)
" Mahasiswa Penggerak Kecemerlangan Universiti "
Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin
Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM International Campus Kuala Lumpur
mkfitri2@live.utm.my
Tel : 013-7859912
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Sekadar Ingatan Bersama ::Pencuri Kain Kafan & Tujuh perkara ganjil. Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri ka...
-
Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ( MPMUTM ) dan seluruh warga UTM International Campus Kuala Lumpur mengucapkan selamat berangkat menc...
-
Selamat datang kepada dunia pekerjaan. Saya percaya rata-rata semua manusia di dunia ini akan beralih kepada dunia pekerjaan dalam apa sahaj...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
Lirik Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang. Nene...
-
KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL OF SPORT AND CULTURE 2011 (FeSC’11) NO. PERSATUAN EMAS PERAK GANGSA KESELURUHAN 1. S...
-
Percaya atau tidak dunia hari ini telah melahirkan ramai golongan-golongan yang hebat. Semenjak diciptanya sehingga ke akhir dunia. Persoala...
-
10 Things You Should Know About A True Blue Johorean by Kawan Kota Tinggi on Tuesday, September 28, 2010 at 1:57pm 1. They end 9 out o...

No comments:
Post a Comment