26 April 2011

:: Erti Perjuangan Belum Selesai Dalam konteks Mahasiswa (Minggu Peperiksaan) ::

 :: Erti Perjuangan Belum Selesai Dalam konteks Mahasiswa (Minggu Peperiksaan) ::

1-ketika yang lain telah menutup buku dan nota,kita masih lagi menyelak halaman buku tebal dan membuat salinan nota ringkas.
2-ketika yang lain telah beralih kepada FB dan YM,kita masih tekun mencari maklumat dan mencari soalan peperiksaan lepas secara online.
3-ketika yang lain tangan kanan dan kirinya telah beralih memegang joystick,kita masih lagi mengenggam pena di kanan dan kalkulator di kiri.
4-ketika yang lain bangun berjalan menghantar kertas soalan ke hadapan,kita masih lagi fokus menulis baki jawapan.

10 April 2011

-PROGRAM RAMAH MESRA MPMUTM-


4 April 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menganjurkan satu Program Ramah Mesra Bersama MPMUTM IC & MPMUTMJB bertempat di Kolej Kediaman Siswa Jaya dan UTM IC.

-PENCARIAN RAKAN EXCO MPM UTM IC SESI 10/11 FASA 1-

30-31 MAC 2011 – Pada tarikh berikut Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menjalankan satu sesi temuduga dalam misi pencarian RAKAN EXCO MPM UTM IC bagi fasa 1. Lokasi temuduga adalah di Bilik Kuliah 2 di Blok C Kolej Kediaman Siswa Jaya. Pencarian bagi fasa 1 ini cukup menggalakkan dan mencapai sasaran yang telah digariskan oleh. Seramai 15 calon telah terpilih untuk menjadi RAKAN EXCO MPM pada sesi ini.

-PEMBENTANGAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UTM IC-


30 MAC 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sesi 2010/2011 telah menjalankan satu pembentangan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC kepada Pegawai HEMA. Antara objektif pembentangan ini adalah menjelaskan MPM ini secara jelas kepada pihak HEMA mengenai struktur lengkap MPM agar jelas dari segi organisasi dan tugas.

-FINAL EVENT NEF AWANI ICT AWARDS 2010-

24 MAC 2011 – Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur telah menerima jemputan selaku wakil IPTA untuk menghadiri Program Final Event NEF Awani ICT Awards 2010 di PWTC Kuala Lumpur. UTM IC telah menghantar wakil seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada 2 ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa dan 11 orang mahasiswa.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 & 24 Mac 2011, antara pengisian program adalah Exhibition ICT, Career Talk dan lain-lain lagi. Namun kami hanya sempat hadir pada hari kedua program iaitu pada 24 MAC 2011. Antara slot yang kami lalui adalah Career talk daripada Career Xcell : Xcellent Service Beyond Xpectations.

03 April 2011

-Pengumuman Tarikh-Tarikh Penting Pada Bulan April-

4 April ( Sijil Dekan Semester 1 2010/2011)
Masing-masing yang mendapat dekan pada semester lepas boleh mengambil sijil dekan di pejabat UTMspace bermula 4 April ini. Tahniah di ucapkan.

4 April-15 April ( Pra-Pendaftaran Online )
Mahasiswa UTM IC diingatkan bahawa pada tarikh ini Pra Pendaftaran bagi semester 1 sesi 11/12 akan dibuka. Mahasiswa diingatkan untuk tidak terlepas untuk pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada semester hadapan.Mahasiswa boleh mendaftar di :

-TAHNIAH KEPADA TNC (HEMA) DI ATAS ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DARI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA-




Semua warga MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlangyang diterima oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Hari Pengakap Malaysia 2011.

Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang ini telah diperkenan dan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di Istana Melawati, Putrajaya pada 15 Mac 2011 (Selasa).

Anugerah tersebut diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap Beruniform dan Ahli-Ahli Biasa dipelbagai peringkat jawatan sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang mereka terhadap perkembangan dan kemajuan Pergerakan Pengakap Malaysia khususnya di tempat mereka bertugas.

Semoga anugerah ini akan menyemarakkan lagi aktiviti kepimpinan Pengakap (Kelana Siswa) di Universiti Teknologi Malaysia.

TAHNIAH juga diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di di atas perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia (Kelana Siswa) seluruh IPTA.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN!

Sumber : http://www.mpmutm.com/

-Paparan Terhangat-

Para Pujangga