Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia perlu mengubah strategi untuk mencapai Wawasan 2020.
Idea lama menarik pelaburan asing langsung tidak boleh lagi diharapkan dan Malaysia perlu memberi tumpuan mengusahakan lebih banyak pelan tindakan untuk menarik pelaburan domestik.
"Bagi mencapai transformasi ini, banyak benda yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai kemakmuran dan pendapatan berekonomi tinggi. Kita perlu memikirkan mengenai pelaburan domestik.
"Di Malaysia, kita membenarkan pelabur asing datang ke mari dan mendapat manfaat daripada buruh kos rendah dan subsidi kita, dan sudah tiba masanya untuk kita berubah dan menyokong industri tempatan," kata beliau di Forum Malaysia-Eropah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata yang insentif boleh diberikan kepada pelabur domestik bagi menarik mereka melabur di dalam negara.
"Kerajaan nampaknya sedar mengenai perkara ini dan telah menyatakan yang industri tempatan akan diberikan bantuan dan sokongan untuk berkembang dan seterusnya menjadi kelas dunia.
"Semasa tahun-tahun pelaburan perindustrian asing, Malaysia telah banyak belajar mengenai pembuatan dan pemasaran seluruh dunia. Dengan sedikit bantuan, industri Malaysia boleh berkembang dan menggantikan pelaburan asing langsung untuk pembangunan ekonomi," tambah beliau.
Melainkan jika peralihan kepada pergantungan ke atas pelaburan domestik disusuli dengan sokongan aktif daripada kerajaan, terdapat segala kemungkinan untuk pendapatan Malaysia cukup tinggi bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju, kata beliau.
- Bernama-
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/149579
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Subscribe to:
Posts (Atom)
-Paparan Terhangat-
-
Petikan kali ini adalah hal berkaitan dengan perkara simpan barang di kolej semasa cuti, permohonan bilik untuk semester hadapan dan pemulan...
-
Khamis,17Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC Sesi 10/11 telah menemui Penolong Pendaftar (Biasiswa & Kebajikan) di pejabatnya...
-
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan...
-
Hari-hari berlalu, sekali ke dasar lautan, sekali juga ke permukaan. Terlihat langit kebiruuan, sebiru warna laut ini. Jauhnya langit untuk...
-
Jumaat,18Mac2011 - Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur sesi 10/11 telah mencuba salah satu daripada kemudaha...
-
Dunia semakin mencabar.Keringat usaha dibalas dengan tohmahan keji.Pengorbanan dibalas dengan dendam dan iri hati. Peritnya rasa di hati. ...
-
Kita hanya akan bersahur bila mana kita hendak berpuasa sama ada puasa sunat atau puasa wajib dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya terdapat ban...
-
Menarik dan tertarik segala perhatian saya untuk mengulas sedikit tentang perkara ini. Perubahan dalam hidup? Sejauh manakah kita mampu untu...
-
Andai di izinkan Tuhan.. aku mahu berada di situ duduk dan diam di atas gunung kebahagiaan permandangan yang indah perasaan yang tenang ha...
-
4 April 2011 – Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah menganjurkan satu Program Ramah Mesra Bersama MPMUTM IC & MPMUTMJB bertempat di...